Monday 26 August 2013

GUNUNG JERAI, KEDAH

Gunung Jerai terletak dalam  Daerah Yan negeri Kedah Darul Aman.Gunung ini hampir keseluruhannya terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai yang seluas 8560 hektar. Puncaknya berada pada ketinggian 1217 meter dari aras laut.

 Papan tanda Gunung Jerai yang terletak di kaki gunung bersebelahan lebuhraya Sungai Petani ke Alor Setar

Di belakang batu bersurat ini adalah Terusan Wan Muhammad Saman yang dibina lurus pada waktu malam menggunakan jamung ( api obor) supaya kelihatan lurus sampai ke Alor Setar. Idea ini diperolehi dari hasil lawatan Wan Muhammad Saman ke Siam (Thailand ) ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah dari tahun 1870 hingga 1898.

Jalan menaiki Gunung Jerai

Dari kaki gunung hingga ke puncak jauhnya 13 km. Dengan menaiki kereta, van atau pacuan empat roda kita akan sampai ke puncaknya memakan masa 30 minit kerana jalannya yang curam dan bengkang bengkok.

Pemandangan yang indah dari puncaknya


 Bunga Tiga Bulan subur di sini

 Deretan bunga tiga bulan di puncak Gunung Jerai

 Vriesea juga tumbuh subur dan cantik
Vriesea yang pelbagai warna


Orkid gergasi sudah berbuah

 Orkid gergasi ini dikatakan sebagai orkid paling besar di dunia


 Bunga orkid gergasi



 Resort di puncak gunung
 Tempayan tadahan air dari bumbung resort

 Orkid pinang

 Muzium Perhutanan

 Antara kayu berharga ada di sini

 Van pengangkutan boleh disewa untuk ke puncak gunung. Jika berani anda boleh membawa kenderaan sendiri tetapi awas kerana banyak jalan yang curam dan berliku.



 Papan Tanda di puncak gunung
 Kenderaan solar

 Sepit ketam (heliconia)

Nyaman dan indah ketika berada di puncak gunung.Suhu di sini di siang hari sekitar 19 darjah Celsius.


\

Tuesday 20 August 2013

KELONGSONG KETUPAT

Budaya Melayu yang sinonim apabila menjelang hari perayaan terutama Hari Raya Idulfitri dan Iduladha ialah memasak ketupat untuk hidangan berhari raya.Untuk menghasilkan ketupat yang istimewa kelongsongnya juga perlu diambil kira.Pelbagai jenis kelongsong kreativiti masyarakat Melayu ini yang kebanyakannya menggunakan daun kelapa muda (disesetengah tempat menggunakan daun nipah atau rumbia)

 Ketupat Bawang : Kelihatan besar dan padat

 Ketupat Sinto: Perlu menggunakan daun kelapa muda yang panjang

 Ketupat Jantung : Bentuk yang unik dan cantik dilihat ketika digantung.

Ketupat Pari : Jarang sangat ditemui...hasil kreativiti awal 80 an. Atuk mempelajarinya dari Almarhum Haji Mohd Munawir bin Abdul Karim (Mantan Guru Besar SK Sapintas)

Sunday 18 August 2013

BANDAR MAHARANI, MUAR

Nama Muar dipercayai berasal dari muara. Bandar ini dikenali juga sebagai Bandar Maharani bandar Di Raja. Di kurun ke 15 Muar adalah sebahagian daripada jajahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Menara Jam Bandar Muar


Deretan kedai lama yang dicat semula

Jambatan ini menghala ke Tanjung Agas menyeberangi Sungai Muar.
Sungai Muar adalah sungai yang terpanjang di Johor
 Pemandangan Bandar Maharani,Muar dari Tanjung Agas.

Mengisi masa lapang dengan memancing di Sungai Muar



 Mi Bandung memang terkenal di sini

Salah sebuah restoran Mi Bandung Muar yang terkenal.

 Taman Rempah Ratus dan Herba Nasuha terletak 20 km dari dari Bandar Maharani Muar.

Rumah Limas memang sinonim di Johor

Perhentian bas yang unik dan cantik berbentuk beca roda tiga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...