Thursday 21 March 2013

KHAZANAH YANG KIAN DILUPAKAN

Banyak khazanah tempatan yang mula dilupakan orang.Perkembangan zaman moden sedikit sebanyak telah mengubah minda masyarakat menggunakan peralatan moden yang lebih mudah dan efektif.Lihatlah beberapa contoh khazanah lama yang kian dilupakan orang itu.

Seterika Arang
Seterika ini menggunakan arang kayu sebagai bahan api untuk memanaskannya.Ia memakan masa untuk menjadikan bara api sebelum seterika itu boleh digunakan. Biasanya sebelum menggosok pakaian, seterika ini perlu dilalukan pada sehelai daun pisang untuk menguji tahap kepanasannya.Sejak muncul seterika elektrik ia lama kelamaan dilupakan orang sebaliknya cuma dijadikan hiasan dalaman kerana seterika ini dibuat dari tembaga dan mahal harganya.

Batu Giling
Untuk menggiling rempah dan lada kering,alat inilah yang digunakan pada masa dahulu.Kemunculan pengisar elektrik menyebabkan alat ini diliupakan terus kerana ianya terlalu berat dan proses mengisar agak lambat dan perlu diulang-ulang.Bagaimana pun pada penggemar cili giling, menggunakan alat ini dikatakan boleh menyebabkan masakan lebih enak.

 Papan Basuh Baju
Dahulu alat ini digunakan untuk menyental kain basuhan supaya lebih bersih .Ia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

 Kukur Kelapa
Teka teki yang berbunyi : Naik kuda tabur bunga. Inilah rupanya benda itu.Biasanya pengguna akan duduk pada bangku itu sambil tangannya memegang belahan buah kelapa yang telah dikupas ke arah muncung parut yang berbentuk bulat itu.Talam atau besen diletakkan di hadapannya.

Parut Kelapa Kayu
Parut ini jarang ditemui dan ia diperbuat daripada papan keras (seperti cengal) dan mata parut diperbuat dari keratan paku tembaga yang halus.Parut ini adalah hasil kerja tangan Almarhum Haji Bakri bin Kasmijan.

 Lampu Gasolin
Telah menjadi lumrah masyarakat dahulu menggunakan lampu gasolin ini untuk menerangi kegelapan malam. Sumbu lampu ini sukar dijumpai sekarang lantaran itu digantikan dengan lampu elektrik sebagai kenangan nostalgia.

Gerudi Tangan
Untuk menghasilkan lubang, gerudi tangan inilah yang sering digunakan.Bagaimanapun gerudi ini hanya boleh digunakan bagi tujuan membuat lubang pada kayu nipis atau papan.

Ketam Kayu
Ketam ini sudah jarang-jarang digunakan . Sekarang ketam ini hanya digunakan untuk mengetam bahagian kayu bagi tujuan meratakan permukaan kayu (jika pengetam elektrik tidak boleh berbuat demikian) pada bahagian-bahagian tertentu.

KINI ATUK DAH BERSARA

Gembira bercampur sedih. Apa tidaknya,Atuk telah berkhidmat selama 33 tahun 10 bulan 26 hari dengan Kerajaan Malaysia dalam bidang pendidikan.Kini Atuk bersara dengan pilihan bersara wajib 56 tahun.Waktu yang nampak begitu singkat , tiba-tiba sudah bersara mulai 12 Mac 2013 yang lalu. terima kasih kepada pihak sekolah dan Kelab Guru dan Kakitangan SK Parit Baharu yang telah mengadakan sambutan persaraan buat Atuk.

Kereta berhias yang membawa Atuk dan isteri

Disambut dengan sirih junjung,bunga telur,bunga rampai dan paluan kompang.

Atuk berucap....nada nan sayu
Bersama isteri di atas pelamin
Persembahan murid-murid..yang berkopiah (tengah) memain watak cikgu Shafii.
Persembahan dari guru dan kakitangan
Memotong kek ditemani isteri: Puan Hajah Junaini Mohamed Jaafar
Persembahan multimedia kreativiti cikgu Muhammad Zailani Somingan
Majlis menandatangani kehadiran
Sijil Penghargaan dari PPD Sabak Bernam
Hadiah dari Pentadbiran SK Parit Baharu
Hadiah daripada Majlis Guru Cemerlang Sabak Bernam
Hadiah daripada PIBG SK Parit Baharu
Hadiah dari Kelab Guru dan Kakitangan SK Parit Baharu
Doa santapan
Hidangan Udang Kreatif dan rajin
Pemanis Senyum Memikat
 Kek Hari Lahir
 Ayam Golek Mesra
Siakap Atuk Happy Sokmo

Keberangkatan pulang Atuk diiringi anak murid yang dikasihi.Selepas ini apa pula aktiviti Atuk seterusnya.Layarilah laman blog Atuk selalu untuk mengikuti perkembangan selanjutnya. Terima kasih semua...tak terbalas rasanya semoga Allah jua yang membalasnya. Selamat tinggal sayang ku








Monday 11 March 2013

KENAPA PANGGIL ATUK?

Pada tahun 2011 yang lalu seorang kanak-kanak prasekolah SK Parit Baharu telah memanggil daku dengan gelaran Atuk.Murid yang lain memanggil diri ku cikgu tetapi yang ini lain pula sebutannya.Sejak dari itu lekatlah gelaran Atuk di sekolah ini .Walhal Atuk pada masa belum pun mempunyai menantu , jauh sekali mempunyai cucu.Tidak mengapa , atas kesedaran itu memang layak pun dipanggil Atuk kerana dakulah guru yang paling tua di sini.Sekarang lihatlah wajah comel cucu yang menggelarkan daku dengan panggilan Atuk itu.

Inilah dia Muhammad Adib Zaqwan bin Azmon.Comel dan raut wajah keKoreaan.
(Foto ihsan Puan Norhuda Abdul Rahman)
Bersama rakan prasekolah
Suka main air di pantai
Menunjukkan bakat menyanyi dengan bantuan bondanya Puan Norhuda Abdul Rahman
Di hari Graduasi  Prasekolah
Sopan berpakaian Melayu
(Foto ihsan Puan Norhuda Abdul Rahman)
Bila besar hendak menjadi angkasawan
(Foto ihsan Puan Horhuda Abdul Rahman)
Berminat memancing hobi warisan ayahandanya Azmon bin Amat Kamari. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi jua.
Adib ditemani bonda menyampaikan hadiah kepada Atuk.Terima kasih Adib.
Kini Atuk telah pun bersara .Semoga cucuku ini rajin belajar hingga berjaya dunia dan akhirat.Amin.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...