Thursday 24 January 2013

PANTAI SIMPANG EMPAT BNO

Salah satu pantai yang kelihatan masih mengekalkan alam semula jadinya ada terdapat di sini.Pantai ini terletak di pesisiran pantai Kampung Simpang Empat ,Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.Kedudukannya kira-kira 25 km dari Pekan Sabak atau 25 minit pemanduan menaiki kereta.

 Jalan raya berturap menghala ke pantai

  Belukar sepanjang jalan (kira-kira 500 m)


Hutan bakau nan merimbun ,hati-hati kerana terdapat ular kapak

Suatu ketika dahulu tempat yang ditumbuhi pohon-pohon rendang(seperti dalam gambar) adalah kawasan berlumpur yang tiada ditumbuhi pokok.Kini tumbuhan itu kelihatan mulai tumbuh subur semula kerana tiada aktiviti penebangan yang dilakukan oleh manusia.


Alur sungai

Pandangan dari darat

Batu-batu besar dilonggokkan ditepi pantai bagi menahan ombak
(pandangan dari laut)


Aktiviti mencari kijing(sejenis siput) terdapat di sini


Pohon ru di tanam semula di sini

Bangunan gerai makanan (terkenal dengan mi udangnya),karaoke (waktu malam sahaja) dan menjual layang-layang

 Ramai pengunjung pada hujung minggu

 Mi udang dan laksa Zaiton sudah terkenal di sini.Gerai ini beroperasi sebelah pagi hingga 7.00malam.




Gerai Kak Wah (nama sebenarnya Salwah)


Pengunjung Gerai Kak Wah..digerai ini disediakan perkhidmatan Wifi dan karaoke kepada pelanggannya dan beroperasi hingga larut malam.

Gerai layang-layang Jefri (beroperasi sebelah siang sahaja) diminati kanak-kanak yang ingin bermain layang-layang dipantai.Walaupun cuma terdapat tiga gerai utama, namun kemeriahannya jelas kelihatan terutama di hujung minggu dan di hari cuti perayaan.Jom singgah ke sini.


TEKNOLOGI SIMENFERO

Dengan modal yang cukup sederhana anda boleh membuat meja dan bangku untuk bersantai di halaman rumah.Bahan yang diperlukan adalah kepingan zing,jaring dawai,simen ,pasir dan cat khas.

Membina rangka bangku


Rangka bangku hampir siap
Dikemaskini
Rangka Tetulang Kaki Meja

Permukaan meja siap dilepa simen
Bangku simenfero yang telah siap untuk dipasarkan
Bentuk unik tidak menghampakan pembeli
 Harga di pasaran Sabak Bernam antara RM250 - RM300.Berbaloi  harga dengan hasil kerja seni masa kini. Sebarang urusan pembelian berurusanlah dengan Encik Mohamat Johan Jaafar : 019-9467445.






Friday 18 January 2013

SEKOLAH ATUK SEMASA TINGKATAN 1 HINGGA 3

Semasa tingkatan 1-3 Atuk bersekolah di Sekolah Menengah Munshi Abdullah,Sungai Air Tawar.Atuk bersekolah di sini dari tahun 1970 hingga 1972.Pada masa itu cuma ada dua blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin.Di sini ada sebuah padang yang luas serta ada sebidang tanah belukar di bahagian belakang sekolah milik kerajaan.Di belukar itu Atuk beraktiviti Pengakap anjuran sekolah.Kini belukar itu sudah tiada dan didirikan dua blok asrama lelaki dan perempuan.

Bangunan asal yang masih kekal hingga sekarang
Bangunan tempat Atuk belajar
 Pertemuan Blok A dan B
Kantin

Blok baru empat tingkat

Bilik Kesihatan kini (tahun 2012)










Dekorasi Luaran





Dahulu kami memang berbasikal ke sekolah.Replika basikal ini hampir menyamai basikal yang Atuk naiki ke sekolah suatu masa dahulu.

Penuh bermakna bersekolah di sini.Selepas ini Atuk bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Ungku Aziz Sabak Bernam untuk belajar di sana di tingkatan empat aliran sains.Pada masa itu (tahun 1973) Sekolah Menengah Munshi Abdullah belum mempunyai kemudahan bagi pelajar aliran sains.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...